Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dan empat orang terbunuh ketika pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan, kata pihak berkuasa, hari ini.
Kejadian itu berlaku ketika kekacauan berlaku susulan bantahan terhadap undang-undang kewarganegaraan yang menimbulkan kontroversi, memasuki minggu kedua.
Kematian terbaru itu menjadikan jumlah korban akibat keganasan itu meningkat kepada 20 orang.
Jurucakap polis negeri, Shirish Chandra berkata, empat orang meninggal dunia akibat kecederaan selepas ditembak apabila tunjuk perasaan bertukar menjadi ganas di Uttar Pradesh, semalam.
Ketua polis daerah, Prabhakar Chaudhary berkata, kanak-kanak terbabit meninggal dunia selepas rempuhan ketika 2,500 orang berhimpun di bandar suci Varanasi. - AFP
21 Disember 2019 - 18:07
News ID: 995370
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dan empat orang terbunuh ketika pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan, kata pihak berkuasa, hari ini.